Saturday, March 04, 2006
Fiesta Sandwic Sihat!



Pada tanggal 21 Februari yang lalu, kelas 5 Jauhari telah mengadakan peraduan mini projek 'Fiesta Sandwic Sihat'. Inisiatif mini projek ini bertujuan untuk memberi galakan dan pendedahan kepada para pelajar dalam beberapa kemahiran seperti kemahiran berfikir, bertutur dan menulis.

Sebelum fiesta ini, ada perbincangan tentang bahan-bahan makanan yang disarankan oleh guru dan lakaran resepi yang dianggap berkhasiat. Mereka perlu mencari contoh-contoh resepi yang sedia ada sebelum perbincangan dijalankan. Idea dan saranan ahli-ahli kumpulan digabungkan menjadi sebuah resepi di atas kertas berwarna. Pada hari yang dinanti-nantikan, setiap kumpulan membawa bahan-bahan tersebut dan menghasilkan sandwic berzat mereka dalam lingkungan masa yang ditetapkan mengikut kriteria-kriteria tertentu.

Kemudian, setiap kumpulan perlu membentangkan hasil kerja mereka dengan kreatif. Pengadilan dilakukan juga oleh rakan-rakan sedarjah melalui rubrik. Pelbagai gelagat yang dilihat dan dan pastinya idea-idea adalah kreatif, unik dan berdaya cipta!
 
Kiriman oleh widzgeek pada 9:46 AM | Permalink | 4 komentar