Friday, September 01, 2006
Terima kasih daun keladi
Assalamu'alaikum murid-murid.

Cikgu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan cikgu hadiah-hadiah sempena Hari Guru. Cikgu ingin ingatkan kamu semua, apa yang penting bagi diri cikgu ialah supaya murid-murid 5 Jauhari dapat belajar dengan bijak apabila cuti sekolah dibuka. Cikgu harap apa yang telah cikgu ingatkan beberapa hari tentang tingkah laku dan juga peribadi kamu menjadi pedoman kepada semua.

Ingatlah,
tiada ertinya paras rupa
tanpa akhlak mulia
Ingatlah,
tiada ertinya bijak bistari
tanpa peribadi berkualiti
Dari itu,
Selamat Bercuti
Cuti sekolah, jangan cuti buku terus...hehe.
Jumpa lagi di penggal akhir!
 
Kiriman oleh widzgeek pada 7:32 PM | Permalink |


1 Comments:


  • At 1:27 PM, Anonymous Anonymous

    Cikgu dan kawan-kawan,saya tidak boleh datang sekolah selama 2 bulan.Kalau ada kerja sekolah, tolong berikan kepada adik saya.