
Murid-murid sekalian, inilah masa yang ditunggu-tunggu! Blog kamu sudah pun dihasilkan. Apalah blog tanpa isi hasil kerja kamu, bukan? Baiklah, seperti yang telah cikgu beritahu, blog ini juga akan digunakan untuk merenung tentang kejadian yang berlaku di sekeliling. Cikgu berharap, kamu semua dapat menggunakan blog ini dengan bijak. Tanpa membuang masa, terimalah tugasan blog kamu yang pertama! Cikgu menamakan kategori ini sebagai... Coretan Jauhari. Kategori ini khas untuk memberi pendapat-pendapat yang baik mengenai sesuatu cerita atau petikan yang berlaku...
Sudah bersedia?
Klik di sini untuk membaca berita tersebut.
Rombongan pendaki istimewa jaya 'tawan' Gunung Kinabalu
Kamu mesti memberikan pendapat mengenai berita itu di lelaman blog kamu.
Tarikh akhir penghantaran ialah pada hari Selasa , 29 Ogos 2006






