Friday, July 21, 2006
Karya Pena kami pada penggal 3!
Langit bertukar menjadi gelap.
Kilat pun sabung-menyabung
Kedengaran petir berdentam-dentum
Membuat hatiku takut sehingga
Keluar ucapan Maha Esa

Menunjukkan Allah sedang marah
Kerana hamba yang leka dan lali
Itu adalah kesilapan manusia
Yang membuat Allah sangat
Marah kepada kita


Oleh: Aqilah Filzah (5C)

Anak Yatim Piatu
----------------------
Hidup serba bersendirian
Ibu bapa sudah tiada
Ke mana sahaja
Teringat jasa ibu bapa
Tiba-tiba aku teringat
Yang aku sememangnya
Anak Yatim Piatu
Nur Shafika Nordin (5M)
Pengabdian
--------------
Betapa indah menyerlah
Terbina megah di persada negara
Menghiasi bumi warisan bangsa
Menjadi lambang kdaulatan
Yang wujud sejak berzaman
Di perkarangan yang abadi
Masih terasa dan terbayang
Dengan wajah-wajah sekalian
Bersama mereka di kota
Mengharungi hidup
Sepanjang usia
Dengan tekad penuh mulia
Walaupun kina telah sepi
Penghijrahanmu
Penuh bererti
Untuk generasi mendatang
Yang kekal dan terpelihara
Siti Nursyahirah Sumsuri (5K)
Di mana dirimu
Wahai bintang kecilku
Yang setia mendengar
Rintihan hati ini di kala malam
Pulanglah ke pangkuanku
Wahai teman setiaku
Kerna hanya dirimulah yang
Membawa harapan kepadaku
Salahkah aku mjelangkah di dunia
Dengan harapan yang tidak pernah pudar?
Salahkah aku mengharungi dunia
Tanpa dipersendakan oleh mereka yang tidak mengerti?
Ku tabahkan hati yang terluka ini
Untuk mencapai bintang kecilku
Biar aku dpersendakan
Biar aku dihancurkan
Namun aku pasrah
Kerna aku percaya
Mereka yang mempersendakan kelemahanku
Pasti menerima balasa di hari kelak
Nur Ashikin Jufri (5D)
 
Kiriman oleh widzgeek pada 12:37 AM | Permalink |


2 Comments:


  • At 10:01 PM, Anonymous Anonymous

    Singapura taman berpura,
    Ramai bangsa rakyat jelata,
    Ramah dan mesra itulah rakyat Singapura,

    Putih dan Merah warna bendera,
    Jangan sekali membuat kami marah,
    Seperti terangnya warna bunga api,
    Jangan mencabar kewibawaan kami,

    Oh Singapura ku,
    tanah air ku juga tanah air mu,
    Oh Singapura berlian hati ku,
    Senantiasa menjadi tempat idaman ku

    Ili Sofia Shahrin
    Pr 5J
    East Spring Pri Sch

     
  • At 8:15 PM, Anonymous Anonymous

    41 tahun engkau merdeka
    banyak kemajuan telah engkau kecapi
    rakyat hidup aman dan makmur
    banyak kejayaan telah enkau perolehi

    Kami semua tidak akan putus asa
    untuk kamu negara Singapura