
Salam sejahtera murid-murid...
Kali ini, cikgu bercadang untuk mengadakan peraduan kelas sempena Hari Kebangsaan Singapura yang akan tiba tidak lama lagi! Kamu perlu menulis sajak karangan kamu sendiri mengenai negara kita, Singapura.
Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:
- Isi kandungan sajak kamu perlu menceritakan tentang Singapura sama ada perasaan cinta terhadap Singapura, atau cita-cita yang kamu ingin Singapura capai pada masa akan datang.
- Sajak yang dihantar lewat tidak akan diadili oleh saya.
- Klik di bahagian komentar di bawah untuk menaip sajak yang telah kamu karang.
- Kamu MESTI menulis nama penuh dan kelas selepas sajak itu ditaip.
Tarikh penutup:
Isnin, 7 Ogos 2006 (Pemenang akan saya umumkan pada hari Rabu, 9 Ogos)
* Karya-karya yang baik akan diletakkan di papan kenyataan di dalam kelas dan dimuat naikkan di blog ini.
Selamat Mencuba!!



Anak zaman penjajahan,
Sentiasa berentap di badan,
Tanah air meminta-minta,
Dihapuskan kekuasaan lain ke atas kita.
Tiada lagi kebodohan,
Dari debu penjajahan,
Debu senjata bersama keganasan,
Askar Jepun kita lawan.
Tatkaia merdeka,
Di bawah Satu bendera,
Tiada bersambung segala kebodohan,
Pahlawan negara berjuang sentiasa.
Wahai anak bangsaku,
Doakanlah dan bangunkanlah,
Negaramu Singapura yang tercinta.
Tajuk:Negaraku Merdeka
Dibuat oleh:Siti Nuramanina
Kelas:5M